Jadi badut sudah saya ni, sekarang semua kerja-kerja si pembantu pun saya yang buat.
Bangun awal pagi, masak untuk kasi makan budak-budak. Terlepas 30 minit masa tidur yang mahal.
Pas tu, sampai kelas pun awal juga....menyapu lantai, bersihkan mana-mana patut. Kalau bakul sampah penuh, pegi bakar sampah lagi. By the time saya sudah siap itu semua, baru si pembantu terkedek-kedek muncul.
Sudah siap kerja membersih, sedia breakfast untuk budak-budak.
Kalau si pembantu bertuah ni ringan pantat, nampak jualah meja dan lantai dibersihkan after the kids done.... kalau dia tidak buat-buat busy tending her baby.
Okey, masa P & P....kalau ada kanak-kanak yang perlu kawalan, saya terpaksa stop and tumpukan pada budak bermasalah tadi...... terganggu sudah, budak-budak lain hilang fokus dan minat (pembantu duduk-duduk macam mo bersatu sama kerusi sudah)
Then, tiba masa rehat...kalau tidak dibagitau si pembantu yang dia yang serve makanan, nda la ada inisiatif bergerak...
Sudah makan, saya kemas pinggan sudu sebab saya yang bawa pulang untuk dicuci....
Meja? Dia kasi biar sajalah tu sisa-sisa makanan.............berkulat sampai esok, siapa yang kasi bersih, saya jualah.
Kalau nda dibagi arahan langsung goyang kakilah dia....padahal sudah dimaklumkan awal-awal skop kerja dia. Part menu pla, pandai-pandailah berfikir sendiri, standby sajalah masak nasi putih walaupun saya nda bagitau...penatlah hari-hari mo kena inform, buduh kah apa.
Cuba kalau elaun lambat masuk, cepat pula mengkomplen.... macamlah dia buat kerja sangat.
Bagi duit untuk beli barangan dapur tabika, siap dengan mo claim minyak lagi....jadi saya selama ni terbang free lah pigi pekan? Jadi elaun dia RM400 tu untuk kerja yang dia buat apa?
Kalau bawa pegi bank untuk pengeluaran tunai...macam-macam alasan dia tidak mo pegi, tiada kereta lah....padahal di kampung tu berapa orang pirate jua? Setakat tambang RM4 apalah sangat. Sebenarnya malas............ dia mo tidurrrrrrrrr saja the whole afternoon.
No comments:
Post a Comment