Rutin hidup saya: memulakan hari sekitar jam 9am, paling awal 8.30am. Bangkit dan off suis lampu bilik air, ruangan utama. On pula suis tv dan wash machine. Unlock mangga gril pintu hadapan. Jikalau ada dirty dishes, terpacak dekat sinki membereskan apa yang patut. Kalau anak-anak sudah bangun juga buatkan mereka susu dalam botol. Lepas itu mencapai penyapu. Sudah selesai mengemas didihkan air untuk air mandian anak-anak sambil buka facebook. Air siap mendidih mandikan anak, saya juga mandi dan beri sarapan (biskut sahaja) kepada Thea. Susu badan untuk Nelia. Pasangkan DVD Pocoyo supaya budak-budak terleka sementara saya menyambung kekhusyukan facebook. Laundry on the line. Bila hati sudah puas melayan karenah online baru menyediakan hidangan untuk lunch. Lunch siap, saya lunch dengan Thea sahaja, her gapa masih tidur penat sakan syif malam. Sudah lunch masa-masa petang disia-siakan menghadap tv, melayan karenah anak-anak, online lagi...memerhati suasana luar. Hinggalah ke petang sampai masa untuk mandi. Sudah mandi saya dan Thea dinner with lunch leftovers, Nelia masih menyusu sepenuhnya belum diperkenalkan solid meal. Memanglah dia sudah kenal dengan biskut dan beberapa makanan lembut seperti muffin. Kemudian santai lagi di hadapan tv. Hinggalah masa tidur. Bosan!
Kebanyakan masa saya memerhati jiran di seberang yang betul-betul setentang. Setelah tiga bulan kami di sini saya tidak pernah nampak suami wanita itu.
No comments:
Post a Comment