.:My Life Is A Journey Not A Destination:.

Dedicated to Thea & Enchantal

Pages

Saturday, December 18, 2010

Bila Hati Tidak Cinta Lagi

Dulu diri inilah insan teristimewa,
diri inilah kerinduan gurindam jiwa lara,
diri inilah pengubat duka nestapa,
diri ini jugalah inspirasi impian...
namun entah bila diri ini bukan lagi orang teristimewa itu
kasihmu tiba-tiba terhenti mencurah,
hilang pergi umpama kabus tatkala suria pagi menyingsing,
tiada lagi cinta di hati...
diri ini bukan lagi insan yang bertakhta di hati,
bila cinta sudah pergi hilang sudah
belas kasihan, perhatian dan tanggungjawab..
kini diri ini cuma tinggal kain rabak terkotor
yang bila-bila masa sahaja dibuang tiada kepentingan,
jika cinta sudah tiada,
lepaskanlah diri ini pergi,
jangan terus-terus sakiti,
jiwa sudah tidak bermaya,
tidak tertahan lagi menanggung sengsara..
jika cinta tiada lagi,
pulangkan diri ini ke tempat asal
biar tenang semula keadaan,
bila cintamu sudah terhenti
jangan simpan lagi diri ini di depan matamu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Clovers Choo-choo