Saya tidak mahu banyak-banyak, saya cuma mahu duit cukup untuk disimpan buat masa depan Thea dan Enchantal, cukup untuk belanja makan hari-hari termasuk jajan, cukup untuk bayar loan, cukup untuk bayar insurans, cukup untuk bayar bil air dan api, cukup untuk bayar sewa rumah, cukup untuk disimpan supaya bila sudah cukup boleh bina atau beli rumah milik sendiri, cukup untuk bayar ansuran kereta, cukup untuk pakaian, aksesori dan mainan Thea dan Enchantal, cukup untuk melengkapkan keperluan/perkakasan/kelengkapan/perhiasan rumah, cukup untuk bayar tithe, cukup untuk persembahan ke gereja (bila saya mula rajin ke gereja lagi), cukup untuk saya melaram dan cukup untuk buat apa-apa kesukaan hati eg. barangan peribadi/kosmetik, melancong, beli buku/majalah, cukup untuk belanja pengangkutan awam dan bil perubatan.
Tapi bila dikira-kira cukup-cukup itu sebenarnya besar jumlahnya, tetap ada k-k d sebelah.
No comments:
Post a Comment